Majlis Berbuka Puasa NB Dan Penyampaian Sijil Perarakan Merdeka
Majlis Berbuka Puasa NB Dan Penyampaian Sijil Perarakan Merdeka ke-51 telah diadakan di Restoran Lencong Barat. Bikers mula berkumpul jam 6 petang. Terima kasih diucapkan kepada Abang Din yang telah berusaha mengatur dan menempah jamuan. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa sesama bikers, penyampaian sijil perarakan merdeka dan seterusnya diikuti dengan upacara memotong kek sempena pengistiharan rasmi Northern Bikers yang telahpun mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan secara sah. Ahli yang hadir telah diberi satu salinan sijil pendaftaran untuk disimpan.
Advertisement
