•August 15, 2008 •
Leave a Comment
Selamat datang ke laman Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Negeri Kedah. Persatuan ini telah mula ditubuhkan secara tidak rasmi pada tahun 1988. Pada tahun 2008, ia telah didaftarkan semula secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Sehingga kini ia telah dianggotai oleh seramai 65 bikers yang bermastautin di Negeri Kedah dan Perlis.
Kami berpegang kepada prinsip santai, harmoni dan berdisiplin. Moto kami ialah “BERSAHABAT MELALUI PEMOTORAN”. Justru kami senantiasa mengalu-alukan para bikers untuk menyertai kami.
Posted in Main
•October 7, 2008 •
Leave a Comment
Motorsikal SUZUKI GSX (biru putih) nombor plat RB7561 kepunyaan Saudara Wan Mokhtar (Alor Star) telah hilang. Sila spot motor tersebut. Sesiapa yang ada maklumat hubungi 0194183581(Wan). Terima kasih atas kerjasama anda.

Posted in Hebahan
•October 7, 2009 •
Leave a Comment
Salam. Semua ahli NB dijemput ke Majlis Rumah Terbuka saudara Amirul Syazwan NB-Ninja 250 (warna hijau).
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Alamat : Jalan Gangsa (bertentangan Bangunan Chin Hin Jitra)
Tempat berkumpul : Esso Jln Sultanah jam 8.30 malam
* Pakat support ahli kita *
Posted in Aktiviti
•October 12, 2008 •
Leave a Comment
Rakan-rakan yang berminat untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur sesi 2-2008 (exam pada 17/12/2008 jam 2 petang) sila muat turun borang dari laman web “mcmc.gov.my”. Hantar borang lengkap ke alamat yang dinyatakan dalam laman web mengikut zon sebelum 24 Oktober 2008.
Posted in Hebahan
•October 8, 2008 •
Leave a Comment
Jemputan ke Majlis Hariraya Sesama Bikers pada 11 Oktober 2008 (sabtu) di Laguna Merbuk, Sungai Petani. Gabungan NB,SPCT,Gapura,Thaiburi dll bikers. Bertolak dari Tasik Jitra jam 5.30 petang. Siapa yang berminat sila sms “OK SP”,nama,model,no motor kepada Ustaz Roshidan 0194212739. RM15 seorang sila bayar kepada Ustaz Roshidan di Tasik.
Posted in Hebahan
•October 8, 2008 •
Leave a Comment
Sama-samalah kita jayakan Motoshow di Tasik Jitra pada 11 Oktober 2008 (Sabtu). Sila berkumpul di Esso Jalan Day pada jam 1 tengahari. Jangkaan bertolak ke D’aman Sweet jam 1.30 tengahari untuk makan tengahari dan minum petang bersama vip. SMS “OK TASIK”,nama,model,no motor kepada Kak Nor 0195225270 untuk tempahan.
Posted in Hebahan
•September 25, 2008 •
Leave a Comment
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua bikers. We are not only members but we are brothers. Opps! sister pun ada jugak. Maaf zahir batin Kak Noor dan kak Linda.
Posted in Main
•September 24, 2008 •
Leave a Comment
Majlis Berbuka Puasa NB Dan Penyampaian Sijil Perarakan Merdeka ke-51 telah diadakan di Restoran Lencong Barat. Bikers mula berkumpul jam 6 petang. Terima kasih diucapkan kepada Abang Din yang telah berusaha mengatur dan menempah jamuan. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa sesama bikers, penyampaian sijil perarakan merdeka dan seterusnya diikuti dengan upacara memotong kek sempena pengistiharan rasmi Northern Bikers yang telahpun mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan secara sah. Ahli yang hadir telah diberi satu salinan sijil pendaftaran untuk disimpan.
Posted in Aktiviti
•September 23, 2008 •
Leave a Comment
Gapura (Perlis) menjemput ahli NB berbuka puasa di Kampung Guaq,Satun (Thailand) pada 27 Sept 2008 (Sabtu). Siapa yang berminat sila call ‘Lan Arau’ (0124602533) segera. Bertolak jam 3 petang dari Shell Abi, ride ke Pat Bara dan pulang lepas Isyak melalui Bukit Kayu Hitam. Sila pastikan segala dokumen mencukupi. Belanja RM15/seorang. Terima kasih.
Posted in Hebahan
•September 23, 2008 •
Leave a Comment
Dijemput semua ahli NB ke Majlis Penganugerahan Sijil Sambutan Kemerdekaan ke-51, berbuka puasa dan potong kek sempena pengistiharan rasmi Persatuan Motor Berkuasa Tingg Negeri Kedah (NB). Jumpa di restoran hadapapan Telekom Jalan Lencong Barat pada 24 Sept (Rabu) jam 6 petang. RM10 seorang. Siapa yang confirm hadir sila sms “OK” kepada Bang Din Kolam di no 0125786589 segera. Terima kasih.
Posted in Hebahan
•September 21, 2008 •
Leave a Comment
Dijemput ke Rumah Terbuka Dato’ Eskay pada 1st raya. Berkumpul di Esso Jln Day jam 4.30 petang. Bertolak ke Naka jam 5 petang. SPCT dan Gapura dijemput hadir bersama-sama. Harap maklum.
Posted in Hebahan
Komentar